Saturday, 20 February 2016

Keutuhan,Amanah dan Jujur

KISAH TENTANG INTEGRITI
Suatu hari Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah dikunjungi seorang wanita yang ingin bertanya.
“lmam, saya adalah seorang perempuan yang sudah lama kematian suami. Saya ini sangat miskin, sehingga untuk membesarkan anak-anak saya, saya mengait benang di malam hari, sementara siang hari saya gunakan untuk mengurus anak-anak saya dan bekerja sebagai sebagai buruh kasar di kesempatan masa yg ada.
Karena saya tak mampu membeli lampu, maka pekerjaan mengait benang itu saya lakukan apabila bulan terang.”
Imam Ahmad rahimahullah mendengar dengan serius percakapan perempuan tadi. Perasaannya tersentuh mendengar ceritanya yang menyayatkan hati.
Beliau yang memiliki kekayaan lagi dermawann sebenarnya telah tergerak hati untuk memberi bantuan sedekah kepada wanita itu, namun ia tangguhkan dahulu hasratnya karena ingin mendengar semua ucapan si ibu tadi.
Si ibu tadi meneruskan cerita katanya...“Pada suatu hari, ada satu rombongan kerajaan telah berkemah di depan rumah saya. Mereka menyalakan lampu dalam jumlah yang amat banyak sehingga sinarnya terang benderang. Tanpa pengetahuan mereka, saya segera mengait benang dengan memanfaatkan cahaya lampu-lampu itu.
Tetapi setelah selesai saya sulam, saya bimbang, apakah hasilnya halal atau haram kalau saya jual?
Bolehkah saya makan dari hasil penjualan itu? Sebab, saya melakukan pekerjaan itu dengan diterangi lampu yang minyaknya dibeli dengan wang negara, dan tentunya ia adalah wang rakyat.”
Imam Ahmad rahimahullah terpesona dengan kemuliaan jiwa wanita itu. Ia begitu jujur, di tengah masyarakat yang rosak akhlaknya dan hanya memikirkan kesenangan sendiri, tanpa peduli halal haram lagi. Padahal jelas, wanita ini begitu miskin lagi fakir.
Maka dengan penuh rasa ingin tahu, Imam Ahmad rahimahullah bertanya, “Ibu, sebenarnya engkau ini siapa?”
Dengan suara serak karena penderitaannya yang berkepanjangan, wanita ini mengaku, “Saya ini adik perempuan Basyar Al-Hafi.”
Imam Ahmad rahimahullah makin terkejut. Basyar Al-Hafi rahimahullah adalah Gabenor yang terkenal sangat adil dan dihormati rakyatnya semasa hidupnya. Rupanya, jawatannya yg tinggi tidak disalahgunakannya untuk kepentingan keluarga dan kerabatnya. Sehingga adik kandungnya sendiri pun hidup dalam keadaan miskin.
Dengan menghela nafas berat, Imam Ahmad rahimahullah berkata,
“Pada masa kini, ketika orang-orang sibuk mengumpul kekayaan dengan berbagai cara, bahkan dengan menyalahguna wang negara serta menyusahkan rakyat yang sudah miskin, ternyata masih ada wanita terhormat seperti engkau, lbu. Sungguh, sehelai rambut mu yang terurai dari belahan jilbab mu jauh lebih mulia jika dibanding dengan berlapis-lapis serban yang ku pakai dan berlembar-lembar jubah yang dikenakan para ulama.
Subhanallah, sungguh mulianya engkau, hasil sulaman itu engkau haramkan? Padahal bagi kami itu tidak apa-apa, sebab yang engkau lakukan itu tidak merugikan kewangan negara…”
Kemudian Imam Ahmad rahimahullah melanjutkan, “Ibu, izinkan aku memberi penghormatan untuk mu. Sila kan engkau meminta apa saja dari ku, bahkan sebagian besar harta ku, niscaya akan ku berikan kepada wanita semulia engkau…”.
Diriwayatkan dari Abu Bakr Ash-Shiddiq, dari Rasulullah, beliau bersabda:
لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ جَسَدٌ غُذِيَ بِحَرَامٍ
“Tidak akan masuk ke dalam surga sebuah jasad yang diberi makan dengan yang haram.”
(Shahih Lighairihi, HR. Abu Ya’la, Al-Bazzar, Ath-Thabarani dalam kitab Al-Ausath dan Al-Baihaqi, dan sebagian sanadnya hasan. Shahih At-Targhib 2/150 no. 1730)

Friday, 15 January 2016

Asas Tafsir Al-Quran

TAFSIR AL-QURAN PERINGKAT ASAS
Sesi 1 - 20 Usul Tafisr Al-Quran Dan Usul Pertama - Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran

Maulana Muhammad 'Asri Yusoff
Kota Bharu,Kelantan
13 Jan 2016

NOTA KULIAH:
RINGKASAN 20 USUL TAFSIR AL-QURAN
(Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)

1. Tafsir Al-Qur’an dengan Al-Quran
2. Tafsir Al-Qur’an dengan Hadits-hadits Sahih
3. Tafsir A-Qur’an Dengan Pendapat-Pendapat Sahabat
4. Tafsir A-Qur’an Dengan Pendapat-Pendapat Tabi’in
5. Tafsir Al-Qur’an Berdasarkan Pendapat-Pendapat Yang Bersesuaian Dengan Qaedah-Qaedah Bahasa ‘Arab
6. Tafsir Al-Qur’an Menggunakan Fikiran
7. Tafsir Al-Qur’an Berpandukan Ayat Sebelum Dan Selepas
8. Memahami Al-Qur’an Berdasarkan Tertib Turun Ayat
9. Memahami Al-Qur’an Berdasarkan Tertib Yang Ada
10. Mengetahui Struktur Makro (Topik Umum) Setiap Surah
11. Mengetahui Tajuk Perbincangan Khusus Setiap Surah
12. Mengetahui Struktur Mikro Dalam Setiap Ayat Al-Qur’an
13. Mengetahui Kata Kunci Di Dalam Setiap Surah
14. Mengetahui Kesinambungan Antara Dalil Dan Madlul Dalam Sumpah-Sumpah
15. Mengelak Diri Daripada Menta’wilkan Ayat-Ayat Mutasyabihat
16. Mengetahui Sebab Turun Ayat Dan Apa-Apa Yang Bersesuaian Dengannya
17. Mengetahui Ayat-Ayat Yang Menasakhkan Dan Ayat-Ayat Yang Dimansukhkan
18. Mengelak Diri Daripada Tafsir Golongan-Golongan Yang Sesat
19. Mengelak Diri Daripada Riwayat-Riwayat Israiliyat Dalam Penafsiran Al-Qur’an
20. Bercermat Dalam Tafsir Al-Qur’an Menggunakan Sains Moden

PERINCIAN:

1. TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN
Usul pertama yang perlu dipakai dalam mentafsir al-Qur’an untuk mendapat kefahaman yang betul dan selamat ialah mentafsir al-Qur’an sendiri.
Antara sebab kenapa usul ini perlu dipakai ialah kerana :
(a) Orang yang bercakap lebih mengetahui tentang apa yang dikehendakinya dengan percakapannya. Dialah yang orang paling patut diutamakan untuk
anda mengetahui maksud percakapannya.

(b) Al-Qur’an kadang-kadang menyebutkan sesuatu secara ijmal. Kadang-kadang pula secara tafshil.
(c) Tidak ada sebarang pertentangan di dalam al-Qur’an, sama ada antara perkataan-perkatannya atau antara ayat-ayatnya. Al-Quran ialah kalam Allah. Ia membenar dan menguatkan satu sama lain. Ia juga mentafsir, menghurai dan menjelaskan satu sama lain.

Ribuan contoh terdapat di dalam al-Qur’an. Sebagai panduan ambil saja dua daripadanya;


(a) Di dalam ad-Dukhan ayat 3, Allah menceritakn bahawa Dia menurunkan al-Qu’ran pada satu malam yang diberkati. Apakah malam itu? Ia ialah malam Qadar. (lihat ayat 1 Surah al-Qadr). Malam Qadr itu terletak dalam bulan apa pula? Jawabnya di bulan Ramadhan. (lihat ayat 185, Surah al-Baqarah).

(b) Al-Qur’an beberapa kali menyebutkan manusia akan mendapat balasan dan ganjaran bagi segala usahanya. Kalau dia mahu dunia, dia akan mendapat dunia. Kalau dia mahu akhirat, dia juga akan mendapatnya. Orang-orang Islam diajar supaya meminta dunia dan akhirat, kedua-dua sekali. Sesiapa yang mencari dan meminta dunia sahaja, dia tidak akan mendapat apa-apa di akhirat nanti. Pada Allah ada dunia dan akhirat. Untuk mendapat apa-apa, sama ada di dunia atau akhirat, perlu ada usaha. Al-Qur’an menggunakan perkataan untuk usaha pencarian dunia dan akhirat. Perkataan ‘al-Harts’ baru dapat difahami dengan betul dan lengkap maksudnya apabila anda mengaitkannya juga dengan ayat 223 di dalam Surah al-Baqarah, ayat 134 di dalam Surah an-Nisaa’ dan ayat 20 di dalam Surah as-Syura.