Wednesday, 17 June 2015

LUKISAN TEKNIK

ASAS LUKISAN TEKNIK

1. Makna lukisan teknik

Lukisan teknik merupakan lukisan garisan-garisan yang dibentuk daripada pensel atau dakwat. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan peralatan lukisan teknik, bukannya secara bebas tanpa menggunakan peralatan. Lukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih terperinci yang disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah pandangan

2. Piawaian lukisan teknik

Memandangkan lukisan teknik merupakan komunikasi utama dalam bidang kejuruteraan, ia dikawal oleh Undang-Undang Konversi yang telah dipersetujui diperingkat antarabangsa. Semua undang-undang ini telah dihimpunkan menjadi piawaian utama  seperti America ASA Y14, The British Standarts BS 308 dan The Canadian Standarts CSA B78.1

3. Sistem penilaian lukisan teknik

Semasa membuat lukisan teknik terdapat beberapa amalan biasa yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar untuk menentukan setiap lukisannya diterima mengikut peraturan lukisan. Diantaranya ialah:

a) Ketepatan
Setiap lukisan teknik hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini termasuklah ketepatan ukuran saiz dan penggunaan jenis-jenis garisan mengikut jenis pensel ataupun sepertimana yang telah ditentukan. Lukisan yang tidak mengikut ciri-ciri yang disebutkan tadi akan menghasilkan lukisan yang tidak bermutu dan kemungkinan tidak dapat diterima.
                 
b) Teknik melukis

Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan termasuk teknik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami. Ini memandangkan kepada pelbagai jenis garisan dalam garisan dan simbol-simbol tertentu yang boleh diguna bagi membantu pembikinan lukisan yang lebih baik. Suatu lukisan yang dilukis dengan tidak mengikut teknik-teknik yang betul akan menampakkan lukisan tersebut tidak bermutu, susah difahami atau mengelirukan kerana garisan-garisan lukisannya nampak kabur.


c) Kebersihan lukisan
Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati-hati semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah-langkah tertentu termasuk cara pengendalian alatan lukisan untuk memastikan kekemasan pada kebersihan lukisannya. Amalan begini dapat menjadikan pelukis sebagai seorang yang berkebolehan menghasilkan kerja yang baik. Pelukis yang tidak menghargai lukisannya akan menghasilkan lukisan yang kotor dan tidak kemas. Kebersihan dan penjagaan lukisan adalah satu amalan yang baik bagi setiap pelajar

d) Masa menyiapkan lukisan
Masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu lukisan teknik itu sebaik-baiknya dengan secepat mungkin yang boleh. Apabila pelukis memulakan lukisannya, bermakna dia memulakan latihan dalam ciri-ciri lukisan teknik yang memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu

4. Peralatan lukisan teknik

Didalam lukisan teknik terdapat beberapa peralatan lukisan yang digunakan. Alat-alat keperluan asas ini haruslah dimiliki oleh setiap pelajar bagi kegunaan latihan melukis diantaranya ialah:

a) Papan lukisan
b) Sesiku T
c) Sesiku segitiga
d) Pensel HB/2B, 0.3, 0.5, 0.7
e) Pemadam
f) Alat pembahagi
g)Jangka lukis
h) Lengkung perancis dan lengkung boleh laras
i) Pencontoh
j) pembaris


5. Penghurufan dan angka

Segala keterangan atau maklumat yang terdapat pada lukisan teknik biasanya menggunakan tulisan tangan. Ini termasuk ukuran dimensi, keterangan lukisan, blok tajuk dan lain-lain. Sungguhpun terdapat alat-alat tambahan yang boleh digunakan bagi membantu penulisan yang baik, tetapi cara penulisan tangan lebih diutamakan. Terdapat tiga jenis huruf yang boleh digunakan untuk tulisan dalam lukisan iaitu gothic, roman dan text. Setiapnya boleh ditulis dalam huruf besar ataupun huruf kecil. Daripada tiga jenis ini tulisan jenis gothic lazim digunakan kerana ia mempunyai stail penghurufan yang mudah ditulis dan juga mudah difahami. Untuk penghurufan gunakan pensel gred sederhana lembut seperti gred HB. Mata pensel hendaklah diasah tajam berbentuk kon. Penggunaan huruf dan angka mestilah berpandukan kepada syarat-syarat ketebalan garisan yang telah ditetapkan oleh BS 308 seperti jadual berikut


ketebalan
penggunaan

5 mm atau 6 mm

Tajuk lukisan atau penerangan penting
3 mm
Dimensi dan nota penting
2 mm
Nota-nota tambahan


a) Penghurufan tegak

Setiap huruf dibentuk dalam petak-petak empat persegi kecil dan petak-petak ini menentukan saiz lebar dan tinggi bagi huruf tersebut. Jika diperhatikan dengan teliti, kita dapati ukuran lebar mengandungi enam petak dan juga ukuran tinggi mengandungi enam petak. Tidak semua huruf dan angka dibentuk dalam saiz ini. Ada huruf yang dibentuk kurang dari saiz enam petak dan ada yang dibentuk melebihi sehingga kepada lapan petak. Huruf I dan angka 1 tiada kelebarannya dan huruf W yang paling lebar. Teknik membentuk huruf mengikut garisan-garisan tertentu yang bertanda dengan anak panah mengikut susunan giliran yang dilabelkan dengan angka. Membentuk garis melintang dilakukan dari kiri arah ke kanan dan untuk membentuk garis tegak dilakukan dari atas arah ke bawah. Untuk garisan lengkok dan bulatan adalah dari atas arah ke bawah

b) Penghurufan condong 

Bagi huruf condong hendaklah mengikut teknik menghuruf yang telah dicadangkan. Segala teknik membentuk huruf adalah sama dengan teknik menghuruf tegak, cuma berlainan sedikit iaitu huruf dibentuk dalam keadaan condong. Untuk memudahkan penghurufan condong, bina garisan panduan condong seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Kecondongan arah ke kanan dengan membuka sudut 68ยบ






6. Penyediaan kertas lukisan

Sebelum bermula sesuatu latihan lukisan di bilik kuliah, beberapa perkara awal hendaklah dibuat untuk menjimatkan masa. Ini adalah termasuk penyediaan peralatan dan kertas lukisan. Setiap kertas lukisan  hendaklah disediakan terlebih dahulu dengan membuat garisan tepi dan maklumat sebagaimana rajah di bawah.

* Bersambung.... 


No comments:

Post a Comment